Monday 14 July 2008

WaNiTa

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati! Anda semua tahu tak, sepasang mata dapat mengungkap pelbagai makna firasat yang tersirat. Malah, bukan mata saja yang dapat mentafsirkan perwatakan insan bergelar WANITA tapi menurut pakar dan kajian, bantal dan warna juga turut memainkan peranan! Tapi, sejauh mana kepastiannnya taklah di ketahui, kemungkinan ianya sekadar kebetulan semata-mata ! Wanita dan Mata Mata Kecil Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila marah, sukar nak pujuk! Mata Sedang Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja! Mata Lebar Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpa fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia! Mata Berkedip Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar. Mata Cengkung Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati. Mata Bulat Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata. Wanita dan Bantal Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:- Memeluk Bantal Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasanya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berperasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan. Menggunakan Bantal Lebih Dari 1 Kategori ini dianggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain. Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. Tidur Dengan 1 Bantal Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya! Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas berusaha dan mempunyai sifat kurang baik. Tidur Tanpa Bantal Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah padd org lain. Wanita dan Warna Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya? Merah Hepi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri. Biru Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-terang, jujur, cekap dan mudah memaafkan. Ungu Pemurah hati, tak suka di perintah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi. Kelabu Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak. Kuning Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. Putih Bersih fikirannya, tak cerewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, peramah, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal. Hijau Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. Hitam Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung. Coklat Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. Ok, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau berkedip, suka berbantal atau tak, gemar warna hitam, putih atau hijau. Kaum Hawa di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang sebenarnya bukan terletak pada kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan hati nalurinya. Didikan agama paling penting. Betull tak? Dari situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat.

0 Comments:

Post a Comment