Monday 7 July 2008













30/05/08
Pukul 3.00 ptg kami suma dah bersiap sedia untuk berkumpul di jeti Kuala Perlis.Pagi lagi Aimi ngan Kak Hanim sempat lagi kuar opiz cari kerang ngan siput untuk bekalan sesi 'BBQ'. Banyak bekalan kami bawa untuk prog outing nie. Almaklumlah 2 hari bercuti kami akan melawat laut & kawasan paya bakau. X sabar ar. Paling tak sabar Zaki ar. Abah tolong belikan tiket kat kami dapat murah ckit(adala cara dia). Kami naik feri kul 4.00ptg. Kami tiba di jeti Langkawi dalam kul 5.00ptg. Suma lapau tapi Aimi ngan Kak Hanim kena settle bout penginapan & car rental. Lama jugak kami wait Kak Ros(tuan empunya Lagenda Condo yang kami akan duduk kat Langkawi nie).Pukul 6.30 kami dah selamat sampai kat condo yang kami sewa. Besar,bersih & suma fully furnished. Best giler ar pastue bilik ada 4(2-masterbed,2-half bed). Settle suma pasal rumah Aimi bawa Men,Zaki, Intan, Kak Azimah & Nasir p rumah tok amik keta Pak Su & rumah Pak Long Lik amik barang nak wat BBQ. Malam tue kami suma truz bakar seafood yang banyak untuk mengisi perut yang lapau. Banyak giler Abang Mili bagi udang,ikan gerut ngan sotong sampai tak larat makan. Lewat jugak tdo malam tue.















31/05/08
Pagi nie kami suma bersiap-siap untuk memulakan trip yang pertama dikenali sebagai "Island Hopping". 1st skali kami akan ke Pulau Beras Basah untuk mandi-manda. Time kami sampai kat situ terdapat banyak monyet liar. Ingatkan tak mengganggu tetapi masyallah janganlah tinggal makanan habiz dikerjakan. Punyalah kami geram coz ingat nak makan kat sini tapi lain plak.Kemudian kami akan bagi helang makan dan sambil tue ble tengok helang yang banyak dari jarak dekat. Best helang siap wat demo penerbangan secara beramai-ramai plak tue. Akhir skali kami ke Tasik Pulau Dayang Bunting. Dalam banyak-banyak trip pertama orang yang kuat,rajin serta teruja ngan air laut Zaki ar. Suma destinasi dia terjun mandi. Tak bagi can beb...Aimi ngan Zaki sempat naik canoe tapi Zaki yang banyak kayuh canoe tue. Lebih kurang dekat 5 jam kami di laut. Sesampai kami di darat ada plak pic kami di jual sebagai souvenier. RM10-nak tak nak kena amik coz pic kitakan. Lepaz nie kami nak ke Gunung Mat Cincang tapi sebelum tue nak kena isi perut dulu. He...He..



















Kami makan kat restoran berdekatan Underwater World. Ble la tahan masakan dia tapi lambat ckit air dia sampai. Selepas makan kami truz gerak menuju ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki Cable Car. Kami singgah sat kat Petronas & Masjid kat Harbour Park untuk salin pakaian ngan solat. Lepas tu truz b'tolak ke destinasi yang dinantikan iaitu Cable Car. Time kami mai nasib baik tak hujan. Segalanya berjalan lancar. Best ngan takut naik Cable Car nie tapi view yang sangat cantik bla dah sampai atas. Suma dah keletihan. Kami sempat lagi terlelap jap kat atas Bridge kerana keletihan menaiki serta menuruni bukit untuk sampai ke Bridge yang di bina di tengah Cable Car. Penat mak ai tak terkata but njoy'z.







Malam nie kami ada sesi makan besar kat restoran tapi disebabkan suma full makanya kami singgah di restoran yang berdekatan ngan Kuah & tempat kami tinggal. Suma dah lapau nie...Xtually time kami smpai Langkawi nie kebetulan ada function iaitu ulangtahun pertama Langkawi as a Geopark. That y la ramai orang.Walaupun lambat tapi perut kami suma kenyang sangat.






















01/06/08
Untuk last trip kami akan ikut pakej Kilim. Kilim terletak sebelah ngan Galeri Tun Dr Mahatzir Mohamad. Kami dibawa melawat ke Gua Kelawar yang mana terdapat banyak kelawar yang sedang tdo. Monyet liar pun ada jugak. Selepas itu kami dibawa melewati panorama hutan bakau. Sampailah kami ke satu tempat yang mana mereka wat sangkar ikan. Banyak ikan0ikan laut di dalam. Orang yang paling ska Zaki ar. Best tengok Zaki njoy'z. Kemudian kami dibawa untuk ke satu pulau klu tak silap Pulau Cerita kot bagi ikan laut jinak makan. Ikan tue mirip ngan Nemo. Last trip kami mandi ar tapi kali nie suma mandi beb. Aimi mandi pakai pelampung lagi. Kami mandi di pulau yang di depan dah sempadan Thailand dah. Air cantik sangat. Best ar...







Lepaz habiz trip kami suma pulang ke condo untuk check-out. Suma kelam kabut coz dah terlebih masa tapi kami wat tak tau ja. Kami bertolak dalam kul 3.00 ptg. Aimi & Zaki hantar yang lelain ke jeti. Aimi,Zaki,Nasir & Men bergegas untuk pulang kan kereta sewa serta keta paksu yang Aimi pinjam & barang-barang BBQ pak long Lik Aimi. Thank a lot suma coz bagi pinjam. X sempat nak bagi souvenier kat paksu & paklong. Jumpa tok jap sembang-sembang kemudian barulah kami bergegas p kat Kuah tapi sempat singgah kat kedai Ismail Group untuk borong barang. Perempuan la katakan... Kami naik feri kul 6.00 ptg. Suma dah letih siut... Xdaya dalam feri kami tdo sampai ke jeti kola. Bye Langkawi...

0 Comments:

Post a Comment