Thursday 24 July 2008

C.I.N.T.A.

Selalu Yg Terjadi... CINTA (sebelum kahwin) C = cubit kiri, kanan rasa. I = impian indah ibarat syurga. N = nikah impian utama. T = taat setia membawa bahagia. A = awal dan akhir bersama-sama CINTA (selepas kahwin) C = cuka yang dituang pada luka. I = iblis yang merosak minda. N = nafsu semata-mata. T = tuba yang dibalas semula. A = api dalam neraka. KASIH (sebelum kahwin) K = kongsi semua suka duka. A = abang adik, ayang anja. S = sumpah janji di bibir sentiasa. I = istana bahagia dah dicipta. H = hatiku hatimu jua. KASIH (selepas kahwin) K = kaki tangan naik kat kepala. A = abuk pun tara, nak makan apa?? S = simpati langsung tak ada. I = ironi membakar jiwa. H = hidup mati sama je. SAYANG (sebelum kahwin) S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! A = asal free mesti nak jumpa. Y = you lap me, I lap you! A = apa saja sanggup diduga. N = nak itu, nak ini... mesti dapat. G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama. SAYANG (selepas kahwin) S = salah sikit kiamat dunia. A = air tak sedap, basahlah mata. Y = yang betul dia je. A = ada takde, bagi anak reti la. N = nak dilawan, digelar derhaka. G = gaduh sampai lebam. HATI (sebelum kahwin) H = hanya dikau yang daku cinta. A = air paip pun manis macam gula. T = tak jumpa sehari boleh jadi gila. I = igauan indah tak terkira. HATI (selepas kahwin) H = hantu jembalang lagi sempurna. A = air mata jadi teman setia. T = tempat mengadu dah tak ada. I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana? Tetapi yg seharusnya ialah... C - Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama I - Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah) N - Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan T - Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang A - Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. K - Kasih berputik dikala pertunangan diikat A - Akad dilafaz cinta berbunga S - Suami disanjung-tinggi I - Isteri disayangi H - Harumlah kasih sepanjang zaman S - Sayangkan Isteri kasihkan suami A - Ada masalah, dibincangkan bersama Y - Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul A - Amalkan hidup bertoleransi N - Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama G - Gaduh sesekali tu perkara biasa H - Hati suami mesti dijaga A - Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh T - Tanggung-jawab dipikul bersama I - Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti Dialog Ringkas: Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?" Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu" Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?" Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu" Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?" Ena : "Asmara Yang Membara" Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?" Ena : "Suci, Bersih dan Jujur " Ani : "Kalau kertasnya Kuning?" Ena : "Melambangkan Hati Yang Gersang" Ani : "Kalau Merah Jambu?" Ena : "Sedang Jatuh Cinta" Ani : "Kalau kelabu?" Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih" Ani : "Kalau kertasnya Hitam?" Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

0 Comments:

Post a Comment