Wednesday 28 January 2009

My Fren'z BaBy...;p

Nur Raisya Adrianna(anak yati) Mohamad Faris Al-Amin(anak intan) Dania Badriena(anak adah) 1stly congrats to all my frenz who has a baby. Comey-comey suma. That day me n my fren adah, wat kunjungan hormat ke rumah mmber-mmber yg mn telah selamat melahirkan zuriat mereka.Tuhan saja yg tahu bertapa hepinya mereka menerima kedatangan org baru dlm hidup mereka. Aku pun tumpang sekaki...gumbira sgt tp aku jg yg blum ada rejeki. It's ok bg kengkwn rasa dulu...sy ble honeymoon lg(tedetik jg dlm hati hampa).

Monday 19 January 2009

Sabtu lepas, Unimap telah mengadakan Program Jalan Kaki Lasak 7 Pillars (Boikot Israel. Program yg memulakan perjalanan dr MRSM Beseri-Semadong-Kubang Tiga-Batu Bertangkup-Kilang Gula(Bukit Keteri)-Ladang Tebu-Pauh(Kampus Induk UniMAP). 5 patah perkataan yg ble describe keadaan pada hr tue... 1.Berangin 2.Panas 3.Sakit Kaki 4.Letih yg teramat sangat 5.Mak aiii jauhnya Jauh gila perjalanan yg di lalui sehingga menyebabkan urat tapak kaki saya tegang. Nak tak nak saya kn teruskan juga perjalanan. Perjalanan yg ditemani K.Muni, K.Sya, Mimi & Minah...Tuhan saya yg tahu keperitan perjalanan kami that day...Terpki plak sy pd mangsa-mangsa kekejaman Israel yg hidup dalam keadan menyakitkan, ketakutan serta dikelilingi mayat-mayat tanpa makan dan pakai yg teratur...Kami yg terlibat untuk program nie br merasakan betapa jauh perjalan tp bagaimana keadaan mangsa-mangsa keganasan Israel yg menderita dr semua aspek....???Renung-renugkanlah but diselitkan jg pic yg smpat disnap khas utk blog. Time nie suma segar bugar lg...dari kiri : saya, Mimi, Kak Sya, Kak Muni & Adik Minah... Semua student UniMAP. Pelancaran dan bermulalah sejarah perjalanan yg hampir 24km(tul kot). Riak wajah muka yg berjaya meneruskan perjalanan yg memenatkan... Dah dekat nak smpai UniMAP Pauh... Dah sampi dan truz memulakan reformasi utk kempen memboikot Israel... p/s: K.Hanim still remember this way for Treasure Hunt-;p

Wednesday 14 January 2009

ZURICH - Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 menjadi milik Cristiano Ronaldo. Ia pilihan paling tepat berdasarkan prestasi luar biasa yang dipamerkan sepanjang musim lalu. Kejayaannya meraih gelaran paling berprestij itu membolehkannya menyapu bersih semua anugerah utama sepanjang 2008. Pemain sayap berusia 23 tahun dari Portugal itu dipilih berdasarkan aksi cemerlangnya mendominasi setiap perlawanan serta menjaringkan gol-gol menarik untuk membantu Manchester United memenangi gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara- Juara Eropah musim lalu. KOLEKSI anugerah yang diraih oleh Ronaldo sepanjang musim lepas. Dari kiri: Pemain Terbaik Kelab Eropah, Pemain Terbaik Dunia FIFPro, Kasut Emas Eropah, Pemain Terbaik Eropah dan Pemain Terbaik Dunia FIFA yang dimenanginya kelmarin. ********************************************************************* Ronaldo menerima 136 undian untuk muncul pemenang dan mengumpul 935 mata daripada undian yang dilakukan jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan seluruh dunia. "Ini detik terbesar dan paling istimewa dalam hidup saya. Ingin saya katakan kepada ibu dan kakak saya, debaran anda boleh berakhir kini," katanya ketika berucap pada majlis anugerah tersebut malam kelmarin. Keputusan pemenang telah diumumkan legenda bola sepak Brazil, Pele pada satu majlis di Zurich. Pemain tengah Barcelona dari Argentina, Lionel Messi muncul pemenang kedua dengan 678 mata diikuti penyerang Liverpool, Fernando Torres di tempat ketiga dengan 203 mata. Pemain wanita Brazil, Marta pula diumum Pemain Terbaik Dunia Wanita FIFA 2008. Ronaldo menjadi pemain pertama daripada Liga Perdana England yang dipilih memenangi anugerah itu sepanjang 18 tahun sejarah pemilihannya setelah berjaya menjaringkan 42 gol dalam semua kejohanan musim lalu. Ronaldo memang sudah dijangka akan memenangi anugerah itu berdasarkan kejayaannya dinobat sebagai Pemain Terbaik Eropah 2008 dan juga Pemain Terbaik Majalah Sukan Dunia 2009 sebelum ini. Perancang AC Milan, Kaka yang juga pemenang anugerah itu tahun lalu bersama pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez turut berada dalam senarai lima pencalonan akhir bagi anugerah tersebut. Ronaldo menjadi pemain Portugal kedua yang memenangi anugerah itu selepas Luis Figo memenanginya pada 2001. "Ia seperti mimpi bagi saya untuk memenangi anugerah ini kerana saya mahu membawa pasukan saya dan juga negara saya lebih cemerlang pada masa hadapan," ujar Ronaldo. Sebelum majlis anugerah itu, Ronaldo sempat memberikan penghargaan kepada pengurus United, Alex Ferguson dan bekas jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari yang telah banyak membantu dalam mencapai impiannya. Mengimbas perjalanan bola sepak Ronaldo, dia mula aktif sejak berusia lapan tahun. Pada usia tersebut dia sudah beraksi dengan kelab amatur, Andorinha, kelab tempat bapanya bertugas sebagai kitman. Walaupun masih muda, tetapi dia telah mempamerkan bakat agak luar biasa, malah beraksi seperti pemain yang lebih senior daripadanya. Nama penuhnya ialah Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro dan dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Pulau Madeira, Portugal. Pada usia 10 tahun, dia dipikat pula oleh kelab CD Nacional dan dari situ perjalanan karier bola sepaknya terus bersinar. Setahun kemudian, dia mencipta sejarah apabila dilamar oleh kelab terbesar di Portugal ketika itu, Sporting Lisbon dan diserapkan dalam skuad remaja. Pada usia 14 tahun pula diserapkan dalam skuad utama dan diberi peluang beraksi ketika menentang Moreirense dalam saingan LigaPortugal. Menariknya, dia tidak memperlihatkan sebarang perasaan gugup walaupun beraksi dengan pemain senior, malah telah menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut. Karier bola sepaknya terus mendapat perhatian dunia khususnya di Eropah sehingga pada 2001 ketika usianya mencecah 16 tahun, dia hampir dilamar oleh pengurus Liverpool , Gerard Houllier tetapi kelab England itu enggan mengambilnya kerana menganggap dia terlalu muda dan memerlukan masa untuk meningkatkan kemahirannya. Pada usia 17 tahun, Ronaldo sudah bergelar bintang dan menjadi tonggak utama Sporting Lisbon dalam saingan liga tempatan. Bermula daripada detik tersebut, namanya terus berada di puncak lebih-lebih lagi selepas menyertai Manchester United pada 2003. Penampilan sulungnya bersama United sebagai pemain gantian ialah ketika kelab barunya itu menewaskan Bolton 4-0 di Old Traf- ford. Dia menjaringkan gol pertama untuk United pada 1 November ketika menewaskan Portsmouth di gelanggang sendiri. Pada peringkat antarabangsa, kelibatnya memang menakjubkan. Larian serta sepakan sering mengundang gerun kepada pemain lawan. Hari ini, kerja kerasnya sejak berusia lapan tahun telah membuahkan hasil dan pengorbanannya selama ini telah membuktikan bahawa ia bukan sesuatu yang sia- sia. Satu dunia mengaguminya dan buktinya adalah anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Thursday 1 January 2009

Byk kenangan yg dilalui dlm tahun 2008...x kira yg manis atau kelat yg pastinya kita yg lalui sendiri. For me thn 2008 byk yg manis dr kelat antaranya hr bersejarah saya sebagai raja sehari, kenangan outing ngan staf Unit Diploma n byk lg la yg akan menjadi memori seumur hidup saya. Sempena kedatangan tahun 2009 nie byk jg wishlist yg sy pkirkan tp mcm segan ar nak share(biarlah rahsia)...whatevr pun u all suma pun msti dah prepare wishlist memasing kan...;p Sebelum tue nak ask azam yg lepas dah setlle ker??? or ada yg x mnjadi n nak continue utk thn nie??? pape pun keep in touch k....peace