Monday 2 February 2009

Selamat Pengantin Baru Kak Ta..... Malam tue kelam kabut cikit p kenduri kat rumah Kak Ta coz my mum nak kn pergi PJ ada meeting WI(Woman Institute) tue yg x smpat mkn, x smpt wait b'gambar ngan YB Jamil skali tuh...spoil ar...tp x pa kami suma smpat tunjuk muka kat Kak Ta(takut nnti dia kata x mai plak)so sowi Kak Ta...neway cantik sgt Kak Ta mlm tuh...nnti sanding Aimi duk lama ckit k. Kebetulan terjumpa Kak Win(facebook)kat sana. Dia tgh take pic Kak Ta. Rupanya depa nie kawan baik...erm... ************************************************************************ KANGAR - Walaupun sudah lama berkenalan, cinta tiga bulan sudah cukup untuk berakhir di jinjang pelamin kepada dua tokoh politik negeri ini yang masing-masing sebelum ini sudah kematian pasangan hidup. Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad, 47, dan bekas Ketua Puteri UMNO Perlis, Marzita Mansor, 38, perkahwinan itu kelmarin bermakna mereka sudah ada keluarga besar. Jamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sena mempunyai tiga anak manakala Marzita pula lima orang hasil perkahwinan dengan bekas Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Allahyarham Azhar Othman serta menjaga dua anak perkahwinan terdahulu bekas suaminya itu. "Keluarga besar ini diharap memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada kami," kata Jamil kepada pemberita selepas majlis akad nikahnya. Majlis pernikahan pasangan yang mengenakan pakaian sedondon warna putih itu berlangsung di rumah keluarga Marzita di Kampung Guru, di sini. Upacara akad nikah dilakukan oleh bapa pengantin perempuan, Mansor Ibrahim dengan mas kahwin RM5,500 p/s : statement kat atas cilok dari Kosmo...jangan marah;p

0 Comments:

Post a Comment