Wednesday 11 February 2009

PeTua...

Saintifik Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isya-Allah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan : 1. Mandi awal pagi sebelum subuh sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org yg mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi Mujarabnya Insya-Allah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit). 3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening migrin. Ini terbukti oleh para saintis membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.. 4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, Dihuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng t'hasil yg boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. __________________________________________________________ Doa Sebagai Panduan 1. Untuk elak suami / isteri dan anak-anak bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102 2. Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 3. Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 4. Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5 5. Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil 6. Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah 7. Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 8. Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah Langkah 1 - Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih : ~ SUBHANA'LLAH ~ ALHAMDULI'LLAH ~ LAA I LAAHA ILLA'LLAH ~ ALLAHU AKBAR ~ ASTAGHFIRU'LLAH ~ LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH ~ ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI ~ WA SAHBIHI AJMA'EEN Langkah 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan _____________________________________________________________ SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......... Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US: "Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" ... Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.... Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini." PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam... 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. p/s : Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Thanx kat mmber2 yg byk bg advice kat melalui e-mail,sembang or etc...advc mu dihargai...;D

0 Comments:

Post a Comment