Thursday 19 March 2009

Errmmmm....Renungkan Sejenak

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ? Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ? Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ? Kenapa kita menutup mata ketika kita berciuman ? Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat... Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah disakiti Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba Kerana merekalah yang bisa menghargai Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata, Aku turut berbahagia untukmu Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya... Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya... Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal Tetapi mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh... Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupanmu, Kamu akan belajar tentang dirimu sendiri dan suatu saat kamu akan menyedari Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada di dalam hidupmu Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan pilihan kehidupan yang telah kau buat Yang seharusnya ada di dalam hidupmu Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, Aku lupa Sahabat sejati akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, Tunggu sebentar Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, Tinggalkan aku sendiri Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri, Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu Dan sewaktu dia jauh darimu, dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata Lebih berbahaya mencucurkan air mata di dalam hati daripada air mata yang keluar dari mata kita Air mata yang keluar dari mata kita dapat dihapus, Sementara air mata yang tersembunyi, Akan menggoreskan luka di dalam hatimu yang bekasnya tidak akan pernah hilang... Walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang, Tetapi ketika cinta itu tulus... meskipun mungkin kelihatannya kamu kalah, Tetapi sebenarnya kamu menang kerana kamu dapat berbahagia sewaktu kamu dapat mencintai seseorang Lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri... Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita Atau kerana ia tidak mempedulikan kita Melainkan saat kita menyadari bahawa orang itu Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang, Jangan dengan mudah kita melepaskannya Berjuanglah demi cintamu... Fight for your dream ! Itulah cinta yang sejati... Bukannya seperti prinsip Easy come.. Easy go... Lebih baik menunggu orang yang benar benar kamu inginkan Daripada berjalan bersama orang yang tersedia Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai Daripada orang yang berada di sekelilingmu Lebih baik menunggu orang yang tepat Kerana hidup ini terlalu berharga dan terlalu singkat Untuk dibuang dengan hanya seseorang Atau untuk dibuang dengan orang yang tidak tepat Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu...;'( Dan kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya Dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari Ucapan yang keluar dari mulut seseorang Dapat membangun orang lain, tetapi dapat juga menjatuhkannya Bila bukan diucapkan pada orang, waktu, dan tempat yang benar Ini jelas bukan sesuatu yang bijaksana Ucapan yang keluar dari mulut seseorang Dapat berupa kebenaran ataupun kebohongan untuk menutupi isi hati Kita dapat mengatakan apa saja dengan mulut kita Tetapi isi hati kita yang sebenarnya tidak akan dapat diketahui Apabila kamu hendak mengatakan sesuatu.. Tataplah matamu di cermin dan lihatlah kepada matamu Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu Dan kebenaran akan dapat dilihat dari sana.... Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindu seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan... Malam Bertandang, Hati Berbisik Mengenang, Cerita Derita Yang Daku Pendam, Kata Menguji, Cuba Untuk Kusudahi, Berulang Airmata Membasahi, Aku Kini Perlu Berdiri, Walau Hakikatnya, Pasti Kan Melukai, Aku Ingin, Semua Rasai, Kerana Pengakhirnya Hidup, Ku Sendiri, Oh Tuhan Kau Berikan Aku, Segala Kekuatan, Meneruskan.. Perjalanan.. Biar tak dihargai asal ada harga diri daripada hilang harga diri semata-mata untuk dihargai.... p/s : Thanx to my frenz (Mim) coz mail to me ayt-ayt cinta nih...terpanggil utk berkongsi ngan suma viewers yg slalu bertandang ke blog missyaimi...nie tuk renungan u all buddies...

0 Comments:

Post a Comment